a story

Monday, August 05, 2019

Laundry Motivation-Basuh Baju

by , in

Hopefully video ni dapat memberi kesedaran kepada saya yang kadang-kadang malas basuh baju.
Baju dah macam kat kedai bundle baru nak basuh...
Kalau malas basuhbaju tengok video ni, harap korang lebih bermotivasi untuk membasuh selepas ini.
Best of luck!

Sha

Saturday, May 25, 2019

Sambal Ikan Goreng Berlado Simple Sonang Jo

by , in






Pada tengahari yang mulia itu, Cik Pia mati kutu sebab tak tau nak buat apa dah. Nak menjahit malas, nak berfacebook...internet baru je lepas kena potong, nak tengok tibi siaran tak berape jelas, almaklumlah masih pakai antena VHF, jiran-jiran dan sanak saudara semua dah bertukar ke Myfreeview atau astrok paling busuk pun Njoi (not sponsered) :)

Tetiba ada mentol bercahaya di atas kepala Cik Pia...ting!!! Teringat Cik Fira jiran sebelah rumah yang juga kesepian sejak menjadi stay at home moommy. Jadi Cik Pia pun mengambil langkah drastik untuk melepak di sana.

Cik Pia memberi salam sesampainya di hadapan pagar rumah Cik Fira. Kelihatan Cik Fira terjenguk-jenguk melalui tingkap sambil buat aksi kepala bangau.

  "Waalaikumsalam...ha Pia...masuklah, pagar tak kunci pun"

Cik Pia pun berlari ke pintu rumah Cik Fira sambil memberikan senyuman paling manis. Tetiba ada lagu background dari kumpulan elite, manisnya..manisnya senyumanmu...

   "Sihat Fira?" tanya Cik Pia

    "Alhamdulillah..ko datang sorang je? Mana Budu?"

   
     "La..ko lupa ke? Kan Zafron laki aku dah anta Budu balik asrama, dia boring duduk kat rumah."          jelas Cik Pia sambil melabuhkan punggung ke sofa.

     "Eh ko dah plan ke nak masak ape tuk buka nanti? Aku dah kering idea tak tau nak masak ape      dah...Hari-hari dok masak ikan selar kuning goreng tepung je..boring la aku" Cik Fira melahirkan rasa sentapnya kepada Cik Pia.

    "La..selain selar kuning kan ko boleh goreng ayam, ikan cencaru, udang, sotong dan pelbagai lagi haiwan yang halal dimakan di muka bumi ini. Tak semestinya ikan selar kuning." jelas Cik Pia.

   "Dah tu je yang si Izmun beli..aku masak je la, aku nak beli tapi dia tak bagi duit, dah tu caner"

   "Takpe, alang-alang ko dah meluahkan perasaan kat sini, ni ha aku ada bawakkan ikan kembung, tapi belum siang lagi, aku saje sorok tadi dalam handbag ni ha..nak buat surprise kat ko"

   "Tu bukan handbag la bongok, tu kan plastik ikea, ko jangan nak membongak dengan aku, umah mak Izmun tu berlambak plastik macam tu, dia kumpul buat kenangan." balas Cik Fira.

   "Yelah..disebabkan ko membongok kan aku tadi, hilang pahala puasa ko tau. Baik ko minta maaf balik, kang aku mengadu kat Zafron abis dia viralkan ko satu taman ni."

   "Baiklah, aku minta maaf dari ujung rambut sampai hujung dunia..Dah tu bila ko nak bagi ikan kembung tu?  Dari tadi dok pegang je. Nak masak ape ye ikan kembung ni?"tanya Cik Fira

   "Ko masak je la Ikan Kembung Goreng Berlado, sure licin..lagipun resepi ni simple je, takde guna Saffron, rosemary, basil, origano, thyme...bahan-bahan yang susah nak dapat...Bahan-bahan untuk resepi ni macam Allium Cepa, Allium Sativum, Capsicum annuum, Tamarindus Indica dan lain-lain lagi semua ada kat rumah ko" kata Cik Pia.

   "Ish ape pelik sangat bahan-bahan tu..confius aku...macamana resepinye tu?"

"Tu nama scientific die..google mesti jumpa.. Sesekali ko kenala buat research biar berkembang otak tu..Cara nak masak senang je..ko tak payah pergi lab pun untuk buat eksperimen...ini aku share resepinye kat ko, tengok je video ni pastu serius ko dah boleh buat dah"

   "Ok..jap lagi aku masak, anyway, thanks ye bagi ikan kembung ni."

   "Sama-sama..Jangan lupa nanti ikan berlado ni hulur-hulurla sikit kat aku, teringin gak nak rasa airtangan ko."

   "Okey, no hal la..dah masak nanti aku suruh Izmun anta okey.."

"orait..cantekk..aku blah dulu la..

"Okey...kalau Budi call kirim salam kat dia ye" pesan Cik Fira.

   "Eh..bukan Budi la..Budu..Budi tu kan anak Pak Long Seman aku yang duduk oversea".
balas Cik Pia.

   "Oversea?? bukan dia aritu duduk pulau Ketam ke?"

  "Yelah..oversea la jugak tu"  Cik Pia membalas dengan senyuman.

   "Okey..aku chow dulu, kang lama-lama kat sini, aku tak sempat masak tuk buka pulak."

   "Orait..orait..pape hal nanti roger" balasCik Fira.

   "Wokey..aku gerak dulu, assalammualaikum.."

  "Waalaikumsalam..hat-hati di jalan raya.."pesan Cik Fira.

  "Baiklah...u too..take care" balas Cik Pia.

  "Okey i will miss you bebeh" kata Cik Fira.

  "Me too, don't forget me, terawikh nanti pegi sama" kata Cik Pia mengingatkan Cik Fira.

  "Okey..i will always remember you my friend.."

  "Me too..I ......" belum sempat Cik Pia menghabiskan ayatnya, kedengaran satu suara dari muka pintu...

   "Woi bilo nak abih ni..macam ni sampai sahur pun ekau tak balik-balik laie..." Cik Pia melihat Izmun hubby Cik Fira berdiri di depan pintu sambil mencekak pinggang.
Alahai ramping bonar pinggang Si Izmun ni, berkat makan selar kuning agaknyo...fikir Cik Pia di dalam hati.

   "Iyola..iyola..muko tu janganla macam nak cokek den...den nak balik la ni" balas Cik Pia sambil mencapai beg Ikeanya berjalan ke muka pintu.


                                      ---- The End---





Wednesday, November 21, 2018

KE IKEA KE KITA

by , in


Assalammualaikum

Kalau Wak Doyok berdua dengan Myo oh Chentaku makan angin ke Korea, saya dengan Syifa ke Ikea. Tak jauh mana pun, kat Cheras nu ha..

Musim shopping pun dah bermula, sana sini ada sale. Kalau tak salah Ikea buat sale dari 5 November sampai 24 November.

Ada yang bercadang nak ke Ikea ke? Sebelum nak pergi tu jemputlah tengok video Ikea shop with me ni dulu. Saya takdelah menyoping banyak pun..setakat jalan-jalan ambik berkat jer..haha

Orait setakat ini dulu nota dari Sha Nazri. Nak tinggalkan pantun tapi idea tak ada.
Ok bye.

Wasalam.


Tuesday, June 05, 2018

KAISON HOME DECOR HAUL

by , in




Hari ni tak larat nak tulis banyak-banyak. Banyak sangat makan putu piring hakak dah takde suara. Bila suara takde mood nak menulis pun ke laut Atlantik. Betul ke laut Atlantik? Jap betul la kan..ada kan laut tu..jap google..kang salah kene besh...haha..saje je wat-wat sengal. Hakak dulu Geografi dapat B..Banggala jugak..Nasib baik je tuh.

Cuma ni je hadiah yang boleh hakak share kan iaitu video hakak ala-ala CNN news ni.

Mintak mahap jika ada kekurangan. Hakak insan biasa yang tak sunyi dari melakukan kesilapan. Orait hope korang enjoy tengok video ni. Salam Ramadhan. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..Jauh lagi ke..tak lah kan..dah boleh wish dah sekarang ni. Tak sampai 2 minggu pun. 

Okey bye.